Saturday, January 11, 2014

" DO'A AGAR CALON JODOH KITA KIAN TERGERAK HATINYA "



Yang masih sendiri Mohon Aamiinkan ye,semoga do'a kita diijabah ALLAH,Aamiin..

Ya ALLAH : Tak jemu kami memohon kepada ENGKAU, Jadikanlah cintaku pada-MU sebagai suatu yang paling kucintai Agar ENGKAU berkenan menganugerahkan cinta suci kepada kami..

Ya ALLAH..
Jika calon pendampingku telah ENGKAU tetapkan..

Maka gerakkanlah hatinya untuk menujuku..

Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan yang diRedhai-MU..

Kerana ENGKAU lah yang berhak atas hati hamba-hamba-MU..
ENGKAU jugalah yang kuasa membolak-balikkan hati kami..

Ya ALLAH..
Jika dia masih jauh maka
dekatkanlah..
Dekatkan hati kami dalam sebuah ikatan kerana-MU..

Tautkanlah hati kami dengan hatinya yang mengharap redha-MU..

Ya ALLAH..
Pemilik cinta yang Agung.
Pemilik cinta sejati..

Jika cinta kami ENGKAU ciptakan untuk dia..
Sabarkan hatinya,Teguhkan imannya. Tegarkan penantiannya..

Ya ALLAH..
Sang Pemilik Hati, Jika hati kami Engkau ciptakan untuk dia,Penuhi hatinya dengan
Kasih Sayang-MU..

Terangi langkahnya dengan Cahaya-MU..

Limpahkan kelapangan dalam Qalbunya dengan kesabaran, Temanilah dia dalam sepinya..

Ya ALLAH..
Tiada tempat untuk kami
bersandar selain kepada-MU..

Kutitipkan cinta kami pada-MU untuknya..

Kutitipkan sayang kami
pada-MU untuknya..

Kutitipkan rindu kami pada-MU untuknya..

Mekarkan cinta kami bersama cintanya. Satukan hidup kami dan
hidupnya dalam Cinta-MU..

Ya ALLAH..
Kami yakin jika waktunya telah tiba..
Pasti kebahagiaan itu akan kami dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantian kami..

Ya ALLAH..
Kirimkan dia yang dapat
membawa kebaikan..
Baik bagi dunia dan akhirat serta Agama kami..
Agar kami bisa bersama-sama berjemaah untuk Menuju-MU..

Ya ALLAH..
Bimbinglah hati kami. Kuatkan hati kami..
Penuhilah hidup kami dengan Rahmat serta kasih sayang-MU..

Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin.


...copy paste from fb.....

Tuesday, September 24, 2013

Kisah Seorang Aku : #Part 2 - CINTA



Assalamualaikum ..sudah lama aku abaikan belog yang menyimpan segala cerita suka dan duka. bahagia juga derita. hari ini, aku terpanggil untuk kembali meluahkan segala yang terpendam. maaf terlebih dahulu. jikalau kalian tidak suka, sila pergi jauh dari belog ini, aku hanya ingin meyampaikan apa yang terbelenggu dalam hati. belog ini telah menjadi diari dihati yang aku luahan melalui tulisan.:)

CINTA -
ada apa dengan cinta? apa itu cinta? mengapa dan kenapa cinta? cinta.. terlalu banyak maksudnya. terlalu banyak tambah tolak, darab bahagi nya.
Tapi cinta ALLAH adalah segalanya.
Aku pernah bercinta, pernah mencintai dan dicintai. Kerana cinta aku bahagia. kerana cinta aku terluka, dan kerana cinta aku melukai, dan kerana cinta juga aku masih begini. Ya aku bodoh kerana masih di takuk lama. masih tidak bangkit dari kisah lalu. Aku dah cuba. tapi adakalanya aku rebah semula.
Maaf aku belum ikhlas untuk terima semua ini. aku belum ikhlas untuk menerima cinta yang baru. maafkan aku. seribu kali maaf, maaf dari hati. aku tak mahu melukakan hati dan perasaan orang lagi.
Aku masih tak faham dengan hati sendiri, apa yang hati aku mahukan. mengapa masih pandang masa lalu sedangkan ada sinar di masa hadapan? Entah, jawapan yang aku cari sekian lama tapi masih tak ku temui. Ohh sebenarnya, aku tidak menunggu cinta yang dulu, aku tak menunggu dia untuk kembali, tidak sama sekali. Tidak dan tak mungkin.Aku tahu dia sudah bahagia bersama cinta itu. aku cuma takut dengan cinta, takut jika hati dilukai kembali.
-move on? -

awak 
sebenarnya, itu sangat sukar
itu tidak mudah untuk dilupakan
yaa pasrah.
yaa berserah.

awak
adakala aku terfikir 
kenapa dan mengapa
tanpa pesan tanpa alasan
terkapai aku kelemasan

awak 
bagaimana mahu meluahkan?
bila ia tersepit tanpa jawapan
bila diasak pelbagai persoalan

awak
mungkin aku salah
aku mengalah
tapi tak bermakna aku kalah

awk,
walau bukan mudah
tapi aku pasrah
dan aku tahu
takdir Tuhan itu Indah

p/s : aku gembira lihat kau bahagia, sungguh tak tipu. cuma rindu kenangan lalu.-sarazainal sept2013-

Saturday, April 27, 2013

Kisah Seorang Aku : #Part 1 - Emosi

Mustahil bagi aku untuk melangkah keluar dan berlari jauh dari kepompong yang mengikat aku. Aku mahu melangkah jauh keluar dari kepompong, keluar dari sangkar emas yang menyelutupi kepompong. Tapi aku masih disini sambil membina empayar yang akan berkembang. Aku tersenyum sinis...

Bila aku sendiri, secara automatiknya akan aku imbas segala kisah zaman silam. kisah cinta, persahabatan, kasih sayang, kebencian, kegembiraan, kesakitan akibat ditinggalkan, kisah dimana aku mula bangkit tanpa manusia-manusia disekelilingku sedari.

Emosi,
Kadang kadang dia menyusahkan diri
Meniti hari mendamba pekerti
Harus mengawalnya dari memakan diri....

Kesakitan masa lampau menjadikan emosi ku membuak buak meronta untuk membenci. Emosi dimana kadangkala aku gembira ketawa, marah membenci sedih menangis. Aku tutup hati jiwa raga dari dibelenggu perasaan yang tidak diundang. Tolong, jangan rosakkan emosi dengan sesuatu perasaan yang tidak diundang. 

kesakitan itu yang menjadikan emosi tidak stabil. menjadikan hati keras untuk berhadapan dengan jalan yang nyata. Aku campakkan emosi jauh ke dasar laut untuk aku bangkit semula dan teruskan hidup tanpa ada segala keraguan dalam diri.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan hati. ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Termenung jauh, cuba mengawal emosi dari memakan diri. Baiklah, sila bangkit dari masa silam. sila bangkit untuk terus maju kehadapan. Ingat jangan biarkan emosi membelenggu diri jika aku mahu terus berjaya. Tapi renungan masa silam menjadikan aku kembali beremosi...

-aku bawak pergi jauh hati dari emosi-
cont...

Monday, April 22, 2013

Selamat Hari Lahir Bonda..

Assalamualaikum Wbt

Hari ini merupakan hari lahir bonda ku yang tercinta, 

Selamat hari lahir buat Bonda Saodah Binti Mohamad Ariff.
yang dilahirkan pada tanggal 22 April 1949.
Kini usia bonda telah pon mencecah 64 tahun.  Semoga bonda panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat sentiasa  dan semoga mendapat menantu last yang soleh.. ehh?? hehehhee

-Bonda Saodah Binti Mohamad Arif-

Bonda adalah seorang ibu yang sangat tabah.Dialah ibu, dia jugalah bapa setelah kematian abah tercinta sejak 22 tahun lalu. Waktu itu aku baru berusia 11 bulan. Bonda sangat sabar melayani kerenah kami 5 beradik yang bermacam ragam. ibu tak pernah merungut walau sesusah manapun dia waktu itu. Alhamdulillah sekarang aku sudah berumur 23 tahun dan ibu masih sihat walafiat.. 

Terima kasih untuk bonda atas segala yang engkau telah berikan untuk kami. tanpa mu apa jadinya aku. Terima kasih untuk semalam, esok dan masa akan datang.. We love you forever.

-kami 5 beradik-

"Bonda
Anakmu masih memerlukan petunjuk
Ke jalan kebahagiaan di dunia dan akhirat,
Setia mengajar erti kekuatan restu dan doa bonda kirimkan,
Terima kasih atas segalanya
Jasa bondaakan anakanda kenang
Kerana kau adalah ibuku yang tercinta"




Thursday, April 18, 2013

LIMAU KESTURI DAN KHASIATNYA


-Sila terliur apabila melihat gambar diatas-

harini nak share khasiat limau kesturi.. rupanya banyak khasiat yang terdapat pada limau kasturi ini juga boleh dibuat ubat.
Limau Kesturi (Citrus microcarpa, English= Calamasi) adalah berasal dari Filipina, dan tersebar ke asia tenggara. Di Amerika, ia dipanggil sebagai Kalamasi atau limau Panama, memandangkan ia bisa tumbuh di kawasan tropika.
sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayai mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.


10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI 


1 . ubat batuk 

limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . ubat demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak 

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah 

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus 

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur 

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju 

Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut 

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata 

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

-okeh semua.. selamat mencuba petua ini.. =)

Monday, December 3, 2012

KOSONG



KOSONG..
sekosong hati aku waktu ini
masa berlalu begitu pantas
meninggalkan seribu kenangan
seribu tanda tanya
seribu satu sebab tanpa alasan
bangkit la wahai hati
berlalu pergi dengan kelukaan ini
menanti sinar harapan di masa depan
In Shaa Allah akan temui juga nanti

Bahagia tetap menanti walau ianya masih tak pasti
Pandang ke hadapan
Pandang dari matahati
walaupun hatimati
aku tetap bangkit untuk meneruskan perjalanan hidup ini
Yes Bahagia milik aku.....

-apekebende aku merepek ni? sungguh aku terasa kosong..tak tahu camna nak describe hati ni waktu ni..
-malu dengan diri sendiri. ego aku semakin meninggi-

Saturday, December 1, 2012

Saya Kembali Bermaya Disini

Assalamualaikum...Ahlan Wa Sahlan..
Ya Allah..
lamanya tak menyemakkan belog ni..* sambil buang sawang2 yang ada.byk gila*
Fuhh almaklumlah lebih setahun jugak wa tak membebel dekat sini.dulu kata bulan enam nak hapdate..haram takde..Student kan kononnye busy nye mengalah kan Menteri..
Ehh kejap..
rasa kalau semak sangat tu tak payah la nak membaca kat sini sebab wa memang suke membebel tah hape2 tah..belog wa kan.wa punye pasallah..
Ok sambung balik
Sebenarnya wa tak tahu la nak membebel ape kat sini.otak da jem.. Wa rasa macam nak delete je belog ngek ni tapi sayang la.macam-macam ada kat sini..
^Kejap-kejap wa rasa nak Mengarut la malam ni..Sila sediakan bakul sampah kat sebelah korang ehh..kang ade yang muntah wa tatau.. sebab macam biase wa terlebih takbetol.

Tajuk: CARA MELUPAKAN ORANG YANG KITA SAYANG a.k.a CINTA

Ahaaa..ok, tak sebenarnya wa nak tanya, perlu ke kita nak lupakan seseorang yang pernah wujud dalam hidup kita? Bagi wa lahh.. mcm tak perlu je kan sebab semakin kita nak lupakan, semakin kuat pulak ingatan kita kat dia.-mcm hipotesis la pulak..
Kita buat biasa suda.makin lama makin kurang la ingatan terhadap dia. #dari pengalaman wa la sebenarnya. Memang sampai sekarang wa tak dapat lupakan orang tu. Tapi kita kena terima takdir. Kalau dah dia bukan jodoh kita nak buat macamana. Berserah jela.. Apa yang penting, fikirkan ada yang lebih baik untuk kita nanti..betul tak? Okeh sambung konon2 cara nak lupakan seseorang.

1. Banyakkan Beribadat
 Bukan lah masa kita tengah frust ni kita baru nak ingat Tuhan..Jangan sesekali macam tu oke. Tiap masa kita kena ingat tau..Tiap kali lepas solat tu berdoa lah mintak petunjuk dari DIA. mintak temukan jodoh yang tebaik. banyakkan berzikir, baca quran..hati tenang je lepas tu.haa masa tu xde la kita nak ingat kat bende lain dah kan.. kan..kan.. Allah Maha mengetahui semuanya..baik dan buruknya..berdoalah mintak petunjuk..

2. Luangkan Masa dengan Family dan Kawan-kawan
Heii heii ingat lah wahai kalian semua, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..tak payah la nak meratap menangis teringat kat orang yang campak kita jauh2..kita still ade family, ade kawan2.. Ahaaa mungkin ada yang sedang menanti kita pon..heee. kita tak tau kan..
Wa ingat lagi, masa tu sehari lepas dia mintak putus,  bestfriend wa sorang ni ajak wa g windowshopping sebab dia tanak bagi wa menangis macam budak kecik..Puas berjalan sampai sakit kaki, then kitorang karok 3jam berdua..memang melalak habis la dalam bilik karok tu..sangat seronok..*thanks kpd yg berkenaan*..
Hah seterusnya, korang carilah kawan seramai mana pon. kawan2 jepon kan.kot nak cari pengganti pon tak salah...Alaa Mukabuku,Twitter kan ada...So korang, buat lah apa yang korang rasa perlu untuk lupakan dia ehh

3.Cari pengganti
Separuh orang cakap, cari pengganti untuk kita lupakan dia. Kononnye patah tumbuh hilang berganti..Satu pergi seribu yang mari.ye tak?? ikot pendapat masing2 lah..kalau korang rasa cari pengganti tu perlu untuk buat korang lupakan die, ikot sukahati lah..
Erkk tapi bagi wa lahh..mcm tak perlu je..nampak sangat ''kedesperate" nye korang nak ada orang lain..memang lah kita sunyi kononnya.tapi mcm wa cakap la kawan2 ada, family ada so ape yg sunyi nye lagi??
Wa single sampai sekarang. okei je xde pon rasa sunyi ke ape ke..sebab bagi wa, wa couple ni bukan nak main2 suke2 orang ade bf/gf wa pon nak ade bf/gf jugak..bagi wa kalau couple ni bialah sampai bernikah, sampai akhir hayat kita dengan dia.. sebab tu lah sampai sekarang wa takda sesiapa...Belom ada jodoh la namanya tu

Ehh apa yang wa nak cakap.. Redha wehh redha..ada hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian. sakit, pedih kecewa apelahh sume tu memang ada.tp anggap je suratan takdir. Let bygone be bygone..kita kene kuat..Hadapi dengan senyuman
Cukup la kot kan..esok2 wa sambung la,sebab dah melalut ni..*dah lebih setaun jejari comel wa ni tak menulis dibelog, so mcm tanak berenti pulak... ok chow

-padam ingatan-

Thursday, June 21, 2012

Monday, October 31, 2011

-JANJI-


JANJI
apa yang korang paham mengenai perkataan ni?
5 huruf yang terkandung pelbagai erti yang tersendiri
terkandung banyak nilai nya yang berbeza.
mungkin bernilai kecil atau besar, bernilai tinggi atau rendah, 
bergantung pada situasinya tersendiri

'apa guna berjanji kalau tak ditepati'
selalunya SEMESTINYA
kalau dah berjanji mesti ada orang menanti
pernah korang tahu apa perasaan orang yang menanti tu?
menanti janji yang dikotakan pada orang yang berjanji
mungkin yang menanti tu sakit hati, atau pun duka, 
tak pun rasa macam nak lompat-lompat sebab terlalu gembira
jangan lah berjanji kalau tak yakin dengan perjanjian yang dibuat..
tolonglah jangan berjanji kalau tak boleh nak tepati
takot nanti janji tu makan diri sendiri
jangan lah berjanji kalau hanya nak bagi harapan palsu


awak, tahniah atas kejayaan itu, diatas pada hari yang berlaku sebelumnya
dahulu awak pernah janji sesuatu pada 'hari' awak.
saya sanggup bersusah payah untuk itu
saya tak pernah lupa janji awak sehingga pada 'hari' awak
sama ada awak lupa dengan janji itu atau awak sengaja buat-buat lupa
terima kasih kerana telah memungkiri janji yang penah awak lafazkan dahulu
saya sangat hargainya
its ok..sy cool.
______________________________________________________________
a human never break their promise


Tuesday, October 25, 2011

MERINDUKANMU

-yes..really miss you-


untuk kamu, 
maafkan saya kerana saya terlalu rindukan kamu
maafkan saya kerana masih berharap pada kenangan lalu
maafkan saya kerana tidak dapat melupakan kisah lalu
maafkan saya kerana rasa cinta itu masih utuh dikalbu
maafkan saya kerana setiap saat hanya ada namamu dihatiku

terlalu kejam rasanya untuk melupakan kisah kita
kisah yang pernah membuat saya gembira
kisah kita yang membuat kan saya tersenyum sentiasa
biarlah saya bersama kenangan itu
biarkan segala kenangan menerpa diminda
biarkan kerana itu adalah satu-satunya kenangan yang membuat saya tersenyum bahagia
walau pedih dihati
biarkan kerana saya sanggup untuk menghadapi segalanya

-awak, saya tetap menunggu awak disini, selamaya-
-tetap disini selamanya kerana awak bertahta dihati-
-SZ-

Monday, October 24, 2011

Kehidupan bersama Ketawa, Cinta dan Air Mata

Bila orang bertanya tentang hati dan perasaan, aku terfikir sendiri sambil merenung jauh serta ketawa. mereka tidak pernah memahami apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ini. apa yang mereka fahami? apa yang mereka mengerti? aku akui, cuma segelintir dari teman rapat yang benar-benar memahami dan mengerti perasaan ku. setelah sekian lama hidup bersendirian tanpa yang teristimewa, telah banyak mengajar aku tentang erti kehidupan yang sebenar. Kehidupan yang penuh pancaroba. kehidupan yang kadang-kadang membuat aku tersenyum gembira, ketawa juga kesedihan. Aku ingin menganggap ini adalah satu dugaan dalam kehidupan. Dugaan yang telah mematangkan aku, yang mendewasakan aku supaya aku lebih berhati-hati dengan kehidupan yang mendatang. Aku telah menganggap apa yang terjadi sebagai satu ujian, sama ada aku redha dan tabah dalam menghadapinya atau tidak.
Aku tidak akan merungut dengan segala yang telah ditentukan TUHAN. sesungguhnya aku percaya sesuatu yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri. aku akan sentiasa bersyukur dengan segalanya..walau segalanya pahit, aku tetap telan jua..
-titik kehidupan-


Cinta? perlukah mereka mengajukan pertanyaan itu terhadap aku? tolong jangan bertanyakan aku tentang cinta lagi. 
aku sungguh sakit untuk mengingatinya. sangat sakit menghadapinya. Ya, ketahuilah  aku mengalami fobia cinta. cinta yang telah memusnah kan perasaan aku. cinta yang membuat aku hanyut dalam dunia realiti. cinta yang telah merobek kebahagiaan aku. Maaf, tolong jangan berkata cinta lagi terhadap diri ini kerana aku sudah tidak berperasaan lagi.
tapi, orang kata cinta itu adalah Penawar...
Penawar?mungkin.. kerana cinta manusia menjadi lebih kuat. lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Cinta menjadi kan manusia berubah kelakuan. Menjadikan aku lebih bijak dalam menilai perasaan serta pandangan aku terhadap seseoran itu. Maaf adakalanya penilaian aku adalah sangat negatif. Mungkin kerana aku telah kecundang dengan cinta, rebah dan tak bermaya aku seketika. Cinta yang aku sangat pertahan kan terkulai layu saat aku ingin mengecap bahagia,saat inilah aku menilai diri sendiri. mencari salah dan silap aku. Tidak perlu aku menuding jari sedangkan aku tahu segalanya adalah takdir dari yang Esa. 
"Aku masih berharap akan adanya keajaiban dalam cinta aku terhadap dia kerana dia adalah insan yang mengajar aku erti cinta"-SZ
-cinta adakalanya membuat kehidupan kita indah bersama ketawa dan airmata-

Thursday, August 11, 2011

Beribu Sesalan-




Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu


Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku
_______________________________________________________
jangan di sesali setiap yang telah berlaku. ada hikmah disebalik setiap kejadian. Tuhan itu maha adil..Mungkin ada yang lebih baik sedang menanti diluar sana.cekal dan tabah kan hati dalam setiap dugaan yang dihadapi.
ambillah segala kenangan sebagai iktibar buat hidup.





-comel betol monyet ini. muka annoying sungguh..
sy juga tengah macam ini sebab hati saya dah mati.. 
dah tiada perasaan

Tuesday, July 26, 2011

REDHA


Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan
Aku redha untukmu yang aku cinta
Demi kebahagiaan kita
Mungkin kan kekhilafanku
Aku redha cinta ini terbiasa
Ujian telah huru-hara
Mencari kelemahanku
Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan
Aku redha andai kau jauhkan diri
Membawa hati dan mimpi
Membiasa hidup sendiri
Aku redha walaupun dada berburai
Jiwa tak bisa menghurai 
Betapa cinta padamu
Oh kasih jangan kau persiakan waktu
Maafkan aku tak berjaya
Mencipta bahagia ku janjikan


pergilah andai itu takdirnya
pergilah andai itu yang kau mahu
pergilah andai itu suratan yang ESA
pergilah andai itu jalan terbaik untukmu

aku redha 
aku pasrah
aku berserah
andai itu TAKDIRNYA...
andai itu SURATAN
andai suatu hari kita bertemu
andai suatu hari kita bersama kembali
JODOH itu pasti milik kita

Monday, July 25, 2011

Hatiku Milikmu





Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


-yes..saya rasa itu sekarang-

Sunday, July 24, 2011

Jom Layan Jiwang Jap..






Hembusan angin bagai membawa berita
Berita yang mengecewakan ku
Apa yang terjadi bukan yang ku impikan
Namun ku tabahkan hati ini

Sayangku…ku tahu kau tak ingin begini

Tapi kau sanggup lakukannya
Betapa hatiku hancur musnah berderaian
Tidak seorang pun yang memahami
Hati dan perasaanku

  Kerna cintaimu ku jadi begini

Kerna sayangkan mu ku telan semua
Betapa hebatnya kau di hati ini
Kenapa kau tak pernah fikirkan aku (hatiku)
Kenapa si dia jadi pilihanmu
Ku sedar siapa diriku di sisimu (hatimu)
Di sisimu…

Ku harap suatu hari kau kan mengerti kasih

Siapa diriku di sisimu
Pengorbananku bagai tak pernah dihargai
Ia bagai angin yang berlalu

-kononnya-




Saturday, June 18, 2011

sesawang bersawang..

asyik bersawang je blog ciksara nie..malas sungguh rasanya nak mengupdate blog nie..insyaallah lepas-lepas nie rajin lah ciksara nak m'update yer supaya tak bersawang dah..ada jugak terpikir nak delete je blog nie...tp bila difikirkan sepuluh duapuluh kali, rasa sayang pulak nak delete..banyak sangat kenangan kat blog nie..lepas ni  walau macamana skali pon, sedaya upaya ciksara akan tetap update jugak blog nie..

lagipon ciksara tengah mengali-gali idea yang agak ngokngek sikit..daa

Tuesday, May 3, 2011

TAK FAHAM!!!!

lama sudah aku tak m'updated blog ini..buat seketika aku memang suka memencil kan diri..jadi macam kera sumbang, macam orang bodoh..eh, silap...bukan jadi macam orang bodoh..cuma nak cari ketenangan diri.hahaha..kononnye..tapi ada hikmahnya bila kita menyendiri ni..banyak sangat yang kita akan fikir..tentang kelemahan diri, kealpaan diri, tentang masa silam yang membuat kita rasa menyesal tentang hari semalam..dan dari situlah kita akan memperbaiki segala kelemahan yang ada untuk menempuhi hari esok yang mendatang..dalam masa yang sama, kita dapat tengok gelagat manusia di sekeliling kita..baru lah aku perasan macam- perangai manusia yang wujud di sekeliling aku...ada yang tengah happy dengan kekasih hati, ada yang complicated, ada pulak lah yang tikam kawan dari blakang...pelik sungguh manusia( tapi aku pon manusia jugak)..


macam budak ni.muke annoying je.
-esok aku sambung story-

Wednesday, April 27, 2011

Senyap

baek..senyap sesepi mungkin
tiba-tiba aku rasa sangat tersentap.macam nak putus segala urat yang ada sekarang ni.
bodoh..aku mmg seorang yang loser waktu ini.sangat-sangat loser..sekali lagi, aku bodoh..masih tak tahu untuk menilai sesuatu yang indah atau buruk.sigh~~

Monday, April 4, 2011

Kalau Jatuh, Bangun Sendiri Sebab Tak ada Orang Yang akan Tolong

berfikir sebentar..lama sudah aku tinggalkan blog kesayanganku ini..dengan alasan terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk semua ini.itu cuma alasan.hakikatnya jari-jariku ini seakan kaku untuk menekan keyboard menulis segala cerita yang ada..untuk waktu ini, baru aku dapat kumpulkan segala kekuatan untuk bercerita segala cerita serta luahan hati kononnya..tapi kalau rasa tak mahu baca, sila tinggal kan ia dengan segera. terima kasih..(^_^)

senyap, dan berfikir kembali...
pernah rasa kecewa?tahu apa erti kesunyian?ada rasa derita dalam hati?menangis sebab terluka?semua perasaan bercampur gaul waktu ini..semua dalam satu.lengkap, cukup untuk buat bahan masakan..resepi lama dalam hati tersingkap kembali.rasa macam nak buang saja semua itu.tapi aku tidak mampu.TAK, mungkin aku mampu sebab aku pernah alami benda yang sama sebelum ini,.cuma kena ambil masa yang lama untuk melupakan segala yang pernah berlaku.cuba dulu baru berserah..!!!
-sekarang aku rasa mcm ni-
(lonely)

sekali lagi aku tewas.setelah menyayangi, aku ditinggalkan.dengan alasan yang tidak kukuh.(tergelak teringatkan alasan itu)okeh, aku tidak pernah menyalah kan sesiapa atas apa yang berlaku.
baik, ini adalah takdir tuhan dan jangan sesekali menyalahkan takdir..mungkin ada hikmah bila segala ini berlaku..pasrah dan berdoa agar segalanya akan sempurna kembali.kalau dah jodoh,tak kemana.insyaallah..(^_^)

masih mampu tersenyum walau hati rasa macam dah mati.satu perkara yang aku ingatkan, setiap kali kita jatuh cinta, setiap kali itu juga lah kita mesti siap untuk terluka. tapi waktu ini aku masih belum bersedia untuk dilukai.sekuat mana pun rasa hati, tidak mungkin ianya dapat patah balik.oh hati, sungguh aku benci perasaan ini..
-ini apa-


jiwa, skali lagi aku terseksa
sekali lagi aku kehilangan
jika ini takdir hidupku
biarkan aku bahagia bersama kenangan
biarkan hidup dalam angan-angan
biarkan aku sepi tanpa berteman
p/s: jangan bercinta kalau tak sedia
      jangan bercinta kalau tak setia
      jangan bercinta kalau tak mahu terluka

Friday, April 1, 2011

say no to APRIL FOOL


Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

info dari sini