Tuesday, June 30, 2009

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu..

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut menghadapi apa jua dugaan dalam sesuatu hubungan

Sunday, June 28, 2009

RaMBuTaN oH RaMBuTaN.

skang kn nga musim buah..rambutan la.durian la.langsat la.sume de..hehe..act de kisah di sebalik si pokok rambutan nie..huhu..pg tadi bgn2 tido je tibe 2 dok ngidam buah rambutan(act mlm td mmpi sal buah rambutan..haha)..npe ntah tbe2 rs nx sgt buah rambutan..bknnye x pnh mkn pown..ari2 plak 2 mkn rambutan..tp ntahla..nx sgt2 buah rambutan pg nie..hehe..pz bfast td g arr ajk ibu pg blakang sat amk buah rambutan..ala..pokok kat blakang uma nie je..buah dye..perh..sgt merah..terliur aw..haha.nsbbek xde kerengge..tp semut 2 ade la ckit2..huhu...tnpa buang ms..trs aku pnjat pokok 2..heheh..cm monyet..uwa..daku bkn pown reti pnjt pokok..tp dok pnjat jgk..nx sgt ann buah rambutan..xsaba2 sgt..hehe
tyme aku pnjat 2 ibu mmg da mara pown..dan dye merkate.."ank dare xelok la pnjat pokok..burok taw x..turun laa deq A oi..kang jatuh br tau..bia ibu gait buah 2.."dgn selamber daku berkate"ala..lme da xpnjat pokok..rndu ms kocik2 dl..hehe..bia arr.xjtuh de..owg pndainye.."..si ibu pula berkate"ko jth kang pdn muka, ibu tak tau.."dan semase mau amk buah rmbutan yg ade kt ujung dahan 2..tnpa di sangke2 daku t'slh pijak lalu jatuh cm nangke busuk..adoi..sakit lak aiii..huhuhu..ibu..ampun..daku xdga ckp ibu..i2 lah balasan si ank yg xdga ckp..huhu..(nsb bek tyme 2 xde org len kt c2..klu x sure malu gile..hehe)
ade ke ptt ibu dok gelakkn aku..huhu..pz 2 dye ckp"2 arr..x dga ckp ibu ag..kn da jtuh".
nsb bek la xtruk pon jtuh 2..hehe..ckit je..hehe..gaknye sbb 2 arr kot tbe2 mmpi buah rambutan n ngidam..hahaha..klu aku taw..tamau pnjat ag..serik2..

SePeRTi...

'' Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup… Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi… Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal… Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal…