Monday, October 31, 2011

-JANJI-


JANJI
apa yang korang paham mengenai perkataan ni?
5 huruf yang terkandung pelbagai erti yang tersendiri
terkandung banyak nilai nya yang berbeza.
mungkin bernilai kecil atau besar, bernilai tinggi atau rendah, 
bergantung pada situasinya tersendiri

'apa guna berjanji kalau tak ditepati'
selalunya SEMESTINYA
kalau dah berjanji mesti ada orang menanti
pernah korang tahu apa perasaan orang yang menanti tu?
menanti janji yang dikotakan pada orang yang berjanji
mungkin yang menanti tu sakit hati, atau pun duka, 
tak pun rasa macam nak lompat-lompat sebab terlalu gembira
jangan lah berjanji kalau tak yakin dengan perjanjian yang dibuat..
tolonglah jangan berjanji kalau tak boleh nak tepati
takot nanti janji tu makan diri sendiri
jangan lah berjanji kalau hanya nak bagi harapan palsu


awak, tahniah atas kejayaan itu, diatas pada hari yang berlaku sebelumnya
dahulu awak pernah janji sesuatu pada 'hari' awak.
saya sanggup bersusah payah untuk itu
saya tak pernah lupa janji awak sehingga pada 'hari' awak
sama ada awak lupa dengan janji itu atau awak sengaja buat-buat lupa
terima kasih kerana telah memungkiri janji yang penah awak lafazkan dahulu
saya sangat hargainya
its ok..sy cool.
______________________________________________________________
a human never break their promise


Tuesday, October 25, 2011

MERINDUKANMU

-yes..really miss you-


untuk kamu, 
maafkan saya kerana saya terlalu rindukan kamu
maafkan saya kerana masih berharap pada kenangan lalu
maafkan saya kerana tidak dapat melupakan kisah lalu
maafkan saya kerana rasa cinta itu masih utuh dikalbu
maafkan saya kerana setiap saat hanya ada namamu dihatiku

terlalu kejam rasanya untuk melupakan kisah kita
kisah yang pernah membuat saya gembira
kisah kita yang membuat kan saya tersenyum sentiasa
biarlah saya bersama kenangan itu
biarkan segala kenangan menerpa diminda
biarkan kerana itu adalah satu-satunya kenangan yang membuat saya tersenyum bahagia
walau pedih dihati
biarkan kerana saya sanggup untuk menghadapi segalanya

-awak, saya tetap menunggu awak disini, selamaya-
-tetap disini selamanya kerana awak bertahta dihati-
-SZ-

Monday, October 24, 2011

Kehidupan bersama Ketawa, Cinta dan Air Mata

Bila orang bertanya tentang hati dan perasaan, aku terfikir sendiri sambil merenung jauh serta ketawa. mereka tidak pernah memahami apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ini. apa yang mereka fahami? apa yang mereka mengerti? aku akui, cuma segelintir dari teman rapat yang benar-benar memahami dan mengerti perasaan ku. setelah sekian lama hidup bersendirian tanpa yang teristimewa, telah banyak mengajar aku tentang erti kehidupan yang sebenar. Kehidupan yang penuh pancaroba. kehidupan yang kadang-kadang membuat aku tersenyum gembira, ketawa juga kesedihan. Aku ingin menganggap ini adalah satu dugaan dalam kehidupan. Dugaan yang telah mematangkan aku, yang mendewasakan aku supaya aku lebih berhati-hati dengan kehidupan yang mendatang. Aku telah menganggap apa yang terjadi sebagai satu ujian, sama ada aku redha dan tabah dalam menghadapinya atau tidak.
Aku tidak akan merungut dengan segala yang telah ditentukan TUHAN. sesungguhnya aku percaya sesuatu yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri. aku akan sentiasa bersyukur dengan segalanya..walau segalanya pahit, aku tetap telan jua..
-titik kehidupan-


Cinta? perlukah mereka mengajukan pertanyaan itu terhadap aku? tolong jangan bertanyakan aku tentang cinta lagi. 
aku sungguh sakit untuk mengingatinya. sangat sakit menghadapinya. Ya, ketahuilah  aku mengalami fobia cinta. cinta yang telah memusnah kan perasaan aku. cinta yang membuat aku hanyut dalam dunia realiti. cinta yang telah merobek kebahagiaan aku. Maaf, tolong jangan berkata cinta lagi terhadap diri ini kerana aku sudah tidak berperasaan lagi.
tapi, orang kata cinta itu adalah Penawar...
Penawar?mungkin.. kerana cinta manusia menjadi lebih kuat. lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Cinta menjadi kan manusia berubah kelakuan. Menjadikan aku lebih bijak dalam menilai perasaan serta pandangan aku terhadap seseoran itu. Maaf adakalanya penilaian aku adalah sangat negatif. Mungkin kerana aku telah kecundang dengan cinta, rebah dan tak bermaya aku seketika. Cinta yang aku sangat pertahan kan terkulai layu saat aku ingin mengecap bahagia,saat inilah aku menilai diri sendiri. mencari salah dan silap aku. Tidak perlu aku menuding jari sedangkan aku tahu segalanya adalah takdir dari yang Esa. 
"Aku masih berharap akan adanya keajaiban dalam cinta aku terhadap dia kerana dia adalah insan yang mengajar aku erti cinta"-SZ
-cinta adakalanya membuat kehidupan kita indah bersama ketawa dan airmata-

Thursday, August 11, 2011

Beribu Sesalan-




Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu


Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku
_______________________________________________________
jangan di sesali setiap yang telah berlaku. ada hikmah disebalik setiap kejadian. Tuhan itu maha adil..Mungkin ada yang lebih baik sedang menanti diluar sana.cekal dan tabah kan hati dalam setiap dugaan yang dihadapi.
ambillah segala kenangan sebagai iktibar buat hidup.





-comel betol monyet ini. muka annoying sungguh..
sy juga tengah macam ini sebab hati saya dah mati.. 
dah tiada perasaan

Tuesday, July 26, 2011

REDHA


Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan
Aku redha untukmu yang aku cinta
Demi kebahagiaan kita
Mungkin kan kekhilafanku
Aku redha cinta ini terbiasa
Ujian telah huru-hara
Mencari kelemahanku
Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan
Aku redha andai kau jauhkan diri
Membawa hati dan mimpi
Membiasa hidup sendiri
Aku redha walaupun dada berburai
Jiwa tak bisa menghurai 
Betapa cinta padamu
Oh kasih jangan kau persiakan waktu
Maafkan aku tak berjaya
Mencipta bahagia ku janjikan


pergilah andai itu takdirnya
pergilah andai itu yang kau mahu
pergilah andai itu suratan yang ESA
pergilah andai itu jalan terbaik untukmu

aku redha 
aku pasrah
aku berserah
andai itu TAKDIRNYA...
andai itu SURATAN
andai suatu hari kita bertemu
andai suatu hari kita bersama kembali
JODOH itu pasti milik kita