Thursday, June 11, 2009

RaHSia PeRaNGai aNaK

aNaK SuLoNg
Anak sulong merupakan cahaya mata pertama dalam keluarga yang menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibubapa sehingga kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adik.

aNaK TeNGaH
Biasanya anak tengah lebih pelik dari anak-anak yang lain. Mereke lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri kerana mereka adalah antara paling kurang 'favourite' di kalangan adik beradik yang lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung @si bongsu. sebab itu dikalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan dari orang lain.

aNaK BoNGSu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimana sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibubapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibubapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibubapa sentiasa merasakan anak bongsu memerlukan perlindunagn dari mereka buat selama-lamanya.

aNaK TuNGGaL
Dalam banyak kategori ramai ingin menjadi anak tunggal. Ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibubapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibubapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka sering memerlukan antara satu sama lain dan saling menyokong.