Monday, October 24, 2011

Kehidupan bersama Ketawa, Cinta dan Air Mata

Bila orang bertanya tentang hati dan perasaan, aku terfikir sendiri sambil merenung jauh serta ketawa. mereka tidak pernah memahami apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ini. apa yang mereka fahami? apa yang mereka mengerti? aku akui, cuma segelintir dari teman rapat yang benar-benar memahami dan mengerti perasaan ku. setelah sekian lama hidup bersendirian tanpa yang teristimewa, telah banyak mengajar aku tentang erti kehidupan yang sebenar. Kehidupan yang penuh pancaroba. kehidupan yang kadang-kadang membuat aku tersenyum gembira, ketawa juga kesedihan. Aku ingin menganggap ini adalah satu dugaan dalam kehidupan. Dugaan yang telah mematangkan aku, yang mendewasakan aku supaya aku lebih berhati-hati dengan kehidupan yang mendatang. Aku telah menganggap apa yang terjadi sebagai satu ujian, sama ada aku redha dan tabah dalam menghadapinya atau tidak.
Aku tidak akan merungut dengan segala yang telah ditentukan TUHAN. sesungguhnya aku percaya sesuatu yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri. aku akan sentiasa bersyukur dengan segalanya..walau segalanya pahit, aku tetap telan jua..
-titik kehidupan-


Cinta? perlukah mereka mengajukan pertanyaan itu terhadap aku? tolong jangan bertanyakan aku tentang cinta lagi. 
aku sungguh sakit untuk mengingatinya. sangat sakit menghadapinya. Ya, ketahuilah  aku mengalami fobia cinta. cinta yang telah memusnah kan perasaan aku. cinta yang membuat aku hanyut dalam dunia realiti. cinta yang telah merobek kebahagiaan aku. Maaf, tolong jangan berkata cinta lagi terhadap diri ini kerana aku sudah tidak berperasaan lagi.
tapi, orang kata cinta itu adalah Penawar...
Penawar?mungkin.. kerana cinta manusia menjadi lebih kuat. lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Cinta menjadi kan manusia berubah kelakuan. Menjadikan aku lebih bijak dalam menilai perasaan serta pandangan aku terhadap seseoran itu. Maaf adakalanya penilaian aku adalah sangat negatif. Mungkin kerana aku telah kecundang dengan cinta, rebah dan tak bermaya aku seketika. Cinta yang aku sangat pertahan kan terkulai layu saat aku ingin mengecap bahagia,saat inilah aku menilai diri sendiri. mencari salah dan silap aku. Tidak perlu aku menuding jari sedangkan aku tahu segalanya adalah takdir dari yang Esa. 
"Aku masih berharap akan adanya keajaiban dalam cinta aku terhadap dia kerana dia adalah insan yang mengajar aku erti cinta"-SZ
-cinta adakalanya membuat kehidupan kita indah bersama ketawa dan airmata-