Thursday, August 27, 2009

JuaDaH BerBuKa KU YaNG SimPLe

cucur bilis

harini daku berbuka dengan juadah yang teramat la simple..cucur bilis..hehe..alkisahnye harini ibuku memasak lauk yang memang daku xsuka nak makan..lauk sambal kicap hati..tapi ade lagi satu lauk yang memang membuka selera ku(nak cakap fav 2 xla..tp daku suke..)sambal tempoyak daun2(aku je yg pggl lauk nie camni sbbnye byk sgt daun2 yang ade)name sebenar sambal tempoyak nie xla pulak aku taw..
ni la sambal tempoyak daun2

tambahan pulak harini memang xmasak juadah yang lain..cadang dihati nak buat kueh karipap ngan roti jala, xpon kaya ball..tapi bila gastric da datang, sume keje nak buat sure tak jadi..ibu plak sangat penat katanya harini..sebab 2 la xmasak ape2..nak pegi bazar, ari nga ujan lebat..ntah bile nak bentinye..pikir blk nanti nak buka pose xkan nx makan nasi..mesti tak lalu punye.sure kuar balik..umm..ade sambal tempoyak.sambal tempoyak makan dengan ape sedap ea...tengah berpikir-pikir sambil duduk atas kerusi, tyme 2 ternampak pulak ibu ngah pegang tepung yang baru beli pagi td tuk disimpan dalam almari..haa..akal pikiran ku suda kembali..mau buat cucur bilis..makn ngan tempoyak..sedap2..hehe..
pon berkata pada ibu"ibu, bagi la tepung 2.xpayah simpan.deq'a nx bwt cucur bilis arr..makan ngan sambal nie..sedap an"
si ibu pon menjawab"skati ko la deq'a..ko yang nak makan.bwt la pape pon..ibu maleh nak masak arini"
daku pon bancuhla cucur bilis nie tok makan di makan ngan sambal tempoyak tok berbuka nanti...rasenye harini arr terasa mcm sangat nikmat berbuka..makanan yang kena pada selera daku..walau simple tapi tetap membuka selera

KeCaNTiKaN LeLaKi DaN KeGaGaHaN WaNiTa

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Kegagahan Wanita

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."Surah Al-Ahzab : Ayat 71

SeJeNaK Di aTaS BuaiAn..

duduk termenung melihat kereta, motor, bas, basikal, lori lalu lalang di depan rumah..
merenung sambil m'flashback kisah lalu
teringat kat sape2 yang sedang telintas di pemikiran
igt kat dye 2, igt kat dye nie, igt kat org 2, igt kat org nie..
sambil nyanyi menyumbangkan suara yang sumbang
tanpa menghiraukan mereka yang berada disitu disini yang terdengar dan mendengar suara yang sumbang ini
melakukan perkara yang sama tanpa perasaan jemu dan bosan
duduk di atas buaian walau hanya beberapa minit
hanya kerana tuk menghilangkan bosan
menghilangkan penah lelah mengemas memasak menolong ibu di rumah
sambil menenangkan jiwa yang tidak tenang
mencampakkan segala perasaan yang berkecamuk jauh-jauh
tersenyum tersengeh sorang-sorang bagai orang yang tidak siuman
untuk menghilangkan perasaan yang tak tentu arah
hilang sudah rasa semuanya
hanya kerana sejenak ku di atas buaian