hye sume..ciksara kembali..hehe..nie nak dok share sal satu bnde plak..tataw la bnde nie betol ke x..tp rasenye betol kot..hehe.."sifat2 gadis yang disukai lelaki"..jom same2 kite ketahui bende nie kayh..hikhik
KEIBUAN
Bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stres, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
KEANAK-ANAKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
MENGHARGAI
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya.
PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.
MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
ni pulak "sifat lelaki yang disukai oleh wanita"...
Percaya diri
Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita.
Lakukan perkara yang terbaik, misalnya kalau anda mahir bermain futsal, teruskan bermain.
Pada masa yang sama, cuba bermain sukan lain juga.
Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.
Lucu
Jangan bercakap terlalu serius atau buat-buat ketawa, tetapi berpada-pada dalam pergaulan.
Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya atau isterinya, terutamanya apabila si dia sedang bersedih.
Romantik
Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita.
Harus diingat, romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada, tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.
Bijak
Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami.
Tidak semestinya anda seorang ahli akademik, tetapi penampilan dan cara pembawaan diri menjadi perhatian.
Menjaga penampilan
Lelaki yang pandai menjaga penampilan serta sentiasa kelihatan bersih, kemas, segak, menarik, dan berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita.
Penampilan yang baik menunjukkan lelaki mampu menghargai dirinya.
Kuku turut memainkan peranan yang penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.
Soleh
Wanita juga suka kepada lelaki yang soleh dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.
hahaha..ketahuilah kwn2 ku...hehe..klu rs nx disukai..ikotla 'petua' nie..hikhik
tp bg ciksara..jd diri sendiri ag baek kn..xpyhla nx 'berlakon' jd org laen tok pikat org..tp sepatutnya sifat2 nie harus la ada dlm diri kita..