Saya tak pandai berkata-kata, apatah lagi untuk bermadah pujangga. Saya hanya insan biasa makhluk tuhan yang tak sempurna. Saya juga tak pandai untuk berselindung di balik duka sengsara. Saya cuma mahu kehidupan yang bahagia. Terima kasih kepada dia. Buat saya tersenyum bangga.
Hari ini terasa sepi sesepi hati..mengapa dan kenapa hanya tuhan yang mengerti. Saya seperti ini.tetap diam walau hati meronta-ronta untuk memberontak. Ego betol hati dia. Saya juga ada sifat itu tapi mengapa saya tertunduk kepada dia? maaf, saya menghormati awak kerana saya tahu apa yang saya lakukan.
Pusing sungguh kepala. Tapi kuatkan juga daya untuk melakukan sebarang kerja. Kalau mengikut kata hati, mahu sahaja terbaring sepanjang hari tanpa melakukan apa-apa. Cuma semangat sahaja yang saya kuatkan waktu ini. Tersenyum bersahaja walau dihati penuh hujan melanda.
Saya bukan arnab yang boleh lari laju, saya cuma kura-kura yang perlahan tapi sampai dahulu. Walau saya seakan tak kisah, tapi dihati saya tersangat lah kisah, Walau nampak saya seakan tak sayang, tapi dihati tersangatlah sayang. Walau saya seakan mengabaikan, tapi sebenarnya tidak. Walau saya seakan lambat, saya tetap akan menang kerana hanya saya yang boleh menjuarai hati awak...cuma SAYA dan tidak ada orang lain selayaknya dari saya.Maaf, saya sangat yakin itu...
Pesananku: Cheqim, i love u forever
:sekali lagi kemerapuan semasa tengah sakit
:maaf, entry kali ini ayat seakan pelik dan berbelit-belit