Tuesday, September 24, 2013

Kisah Seorang Aku : #Part 2 - CINTA



Assalamualaikum ..sudah lama aku abaikan belog yang menyimpan segala cerita suka dan duka. bahagia juga derita. hari ini, aku terpanggil untuk kembali meluahkan segala yang terpendam. maaf terlebih dahulu. jikalau kalian tidak suka, sila pergi jauh dari belog ini, aku hanya ingin meyampaikan apa yang terbelenggu dalam hati. belog ini telah menjadi diari dihati yang aku luahan melalui tulisan.:)

CINTA -
ada apa dengan cinta? apa itu cinta? mengapa dan kenapa cinta? cinta.. terlalu banyak maksudnya. terlalu banyak tambah tolak, darab bahagi nya.
Tapi cinta ALLAH adalah segalanya.
Aku pernah bercinta, pernah mencintai dan dicintai. Kerana cinta aku bahagia. kerana cinta aku terluka, dan kerana cinta aku melukai, dan kerana cinta juga aku masih begini. Ya aku bodoh kerana masih di takuk lama. masih tidak bangkit dari kisah lalu. Aku dah cuba. tapi adakalanya aku rebah semula.
Maaf aku belum ikhlas untuk terima semua ini. aku belum ikhlas untuk menerima cinta yang baru. maafkan aku. seribu kali maaf, maaf dari hati. aku tak mahu melukakan hati dan perasaan orang lagi.
Aku masih tak faham dengan hati sendiri, apa yang hati aku mahukan. mengapa masih pandang masa lalu sedangkan ada sinar di masa hadapan? Entah, jawapan yang aku cari sekian lama tapi masih tak ku temui. Ohh sebenarnya, aku tidak menunggu cinta yang dulu, aku tak menunggu dia untuk kembali, tidak sama sekali. Tidak dan tak mungkin.Aku tahu dia sudah bahagia bersama cinta itu. aku cuma takut dengan cinta, takut jika hati dilukai kembali.
-move on? -

awak 
sebenarnya, itu sangat sukar
itu tidak mudah untuk dilupakan
yaa pasrah.
yaa berserah.

awak
adakala aku terfikir 
kenapa dan mengapa
tanpa pesan tanpa alasan
terkapai aku kelemasan

awak 
bagaimana mahu meluahkan?
bila ia tersepit tanpa jawapan
bila diasak pelbagai persoalan

awak
mungkin aku salah
aku mengalah
tapi tak bermakna aku kalah

awk,
walau bukan mudah
tapi aku pasrah
dan aku tahu
takdir Tuhan itu Indah

p/s : aku gembira lihat kau bahagia, sungguh tak tipu. cuma rindu kenangan lalu.-sarazainal sept2013-

Saturday, April 27, 2013

Kisah Seorang Aku : #Part 1 - Emosi

Mustahil bagi aku untuk melangkah keluar dan berlari jauh dari kepompong yang mengikat aku. Aku mahu melangkah jauh keluar dari kepompong, keluar dari sangkar emas yang menyelutupi kepompong. Tapi aku masih disini sambil membina empayar yang akan berkembang. Aku tersenyum sinis...

Bila aku sendiri, secara automatiknya akan aku imbas segala kisah zaman silam. kisah cinta, persahabatan, kasih sayang, kebencian, kegembiraan, kesakitan akibat ditinggalkan, kisah dimana aku mula bangkit tanpa manusia-manusia disekelilingku sedari.

Emosi,
Kadang kadang dia menyusahkan diri
Meniti hari mendamba pekerti
Harus mengawalnya dari memakan diri....

Kesakitan masa lampau menjadikan emosi ku membuak buak meronta untuk membenci. Emosi dimana kadangkala aku gembira ketawa, marah membenci sedih menangis. Aku tutup hati jiwa raga dari dibelenggu perasaan yang tidak diundang. Tolong, jangan rosakkan emosi dengan sesuatu perasaan yang tidak diundang. 

kesakitan itu yang menjadikan emosi tidak stabil. menjadikan hati keras untuk berhadapan dengan jalan yang nyata. Aku campakkan emosi jauh ke dasar laut untuk aku bangkit semula dan teruskan hidup tanpa ada segala keraguan dalam diri.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan hati. ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Termenung jauh, cuba mengawal emosi dari memakan diri. Baiklah, sila bangkit dari masa silam. sila bangkit untuk terus maju kehadapan. Ingat jangan biarkan emosi membelenggu diri jika aku mahu terus berjaya. Tapi renungan masa silam menjadikan aku kembali beremosi...

-aku bawak pergi jauh hati dari emosi-
cont...

Monday, April 22, 2013

Selamat Hari Lahir Bonda..

Assalamualaikum Wbt

Hari ini merupakan hari lahir bonda ku yang tercinta, 

Selamat hari lahir buat Bonda Saodah Binti Mohamad Ariff.
yang dilahirkan pada tanggal 22 April 1949.
Kini usia bonda telah pon mencecah 64 tahun.  Semoga bonda panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat sentiasa  dan semoga mendapat menantu last yang soleh.. ehh?? hehehhee

-Bonda Saodah Binti Mohamad Arif-

Bonda adalah seorang ibu yang sangat tabah.Dialah ibu, dia jugalah bapa setelah kematian abah tercinta sejak 22 tahun lalu. Waktu itu aku baru berusia 11 bulan. Bonda sangat sabar melayani kerenah kami 5 beradik yang bermacam ragam. ibu tak pernah merungut walau sesusah manapun dia waktu itu. Alhamdulillah sekarang aku sudah berumur 23 tahun dan ibu masih sihat walafiat.. 

Terima kasih untuk bonda atas segala yang engkau telah berikan untuk kami. tanpa mu apa jadinya aku. Terima kasih untuk semalam, esok dan masa akan datang.. We love you forever.

-kami 5 beradik-

"Bonda
Anakmu masih memerlukan petunjuk
Ke jalan kebahagiaan di dunia dan akhirat,
Setia mengajar erti kekuatan restu dan doa bonda kirimkan,
Terima kasih atas segalanya
Jasa bondaakan anakanda kenang
Kerana kau adalah ibuku yang tercinta"




Thursday, April 18, 2013

LIMAU KESTURI DAN KHASIATNYA


-Sila terliur apabila melihat gambar diatas-

harini nak share khasiat limau kesturi.. rupanya banyak khasiat yang terdapat pada limau kasturi ini juga boleh dibuat ubat.
Limau Kesturi (Citrus microcarpa, English= Calamasi) adalah berasal dari Filipina, dan tersebar ke asia tenggara. Di Amerika, ia dipanggil sebagai Kalamasi atau limau Panama, memandangkan ia bisa tumbuh di kawasan tropika.
sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayai mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.


10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI 


1 . ubat batuk 

limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . ubat demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak 

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah 

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus 

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur 

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju 

Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut 

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata 

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

-okeh semua.. selamat mencuba petua ini.. =)