Apa itu H1N1?
Selalu dengar tapi tak tahu ertinya.. Mari kita tahu ringkasan apa yang wabak yang manusia satu dunia takut.
“H” bermaksud Hemagglutinin protein
“N” bermaksud Neuraminidase protein
Wabak selsema babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru.Virus selsema babi menyerang sistem pernafasan melalui udara.Ia boleh merebak melalui bersin ataupun batuk oleh pesakit yang dijangkiti selsema babi..
Simptom penyakit Selsema Babi ini ialah demam, batuk, selsema, kepenatan dan kurang selera makan. Laporan juga menyebut terdapat simptom lain iaitu loya, muntah-muntah, sakit tekak dan cirit-birit.
Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar.
Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya. Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok.
No comments:
Post a Comment