Sunday, May 30, 2010

PerLu Ke BeRCinTa BiLa.....


Dalam perhubungan itu, selalu ada pertelingkahan, pertengkaran;

Hakikatnya, cinta itu sesuatu yang indah dan membahagiakan.

Selalu berlaku pendustaan dan penipuan;
Walhal, dalam percintaan itu perlu ada kejujuran terhadap pasangan.

Wujud rasa tidak percaya terhadap pasangan;
Sedangkan rasa percaya antara satu sama lain penting dalam memastikan hubungan cinta itu kekal harmoni.

Bercinta bukan atas dasar perasaan sayang, kasih kepada pasangan;
Realitinya, rasa cinta itu akan terbit bila ada rasa kasih dan sayang sesama insan.

Dan macam-macam lagi la sebab yang akan membawa kepada persoalan “Perlu ke??” ini.

Act, persoalan ini timbul sebab aku rasakan sekarang nie ramai sangat kaki penipu..orang yang kita tak kenal, mungkin la kita tau dia menipu..tapi kalau ditipu oleh orang yang dikenali, macam pasangan kita sendiri.tak ke terasa diri ni diperbodohkan sangat-sangat??? Yelah. Bercinta bagainak rak, tapi hakikatnya ditipu hidup-hidup.huh,,..dunia..dunia...

Jadi, mari kita berbalik kepada tajuk entry kali ini; Perlu ke bercinta bila…

Dan… Dengan itu, timbullah persoalan ini; Perlu ke nak bercinta kalau sepanjang percintaan itu disulam dengan penipuan? kenapalah perkara macam ni berlaku..percintaan itu indah,  tapi kenapa mesti ada penipuan? Susah sangat ke nak berlaku jujur terhadap pasangan...hmm..fikirkan lah...

Orait. Contoh:

A: Weh, nanti kalau pakwe/makwe aku cari, ko cakap kat dia, aku pergi rumah si C buat assignment.

B: Nape lak weh?

A: Ala.. Ko ni.. Aku nak keluar dengan si D. Mati la aku kalau aku bagitahu kat dia. Mau die nak bagi aku pergi?

B: …….

See? Menipu sebab tak nak bf/gf kita tahu apa yang kita buat sebenarnya. perlu ke macam tu?kot ye pon nak keluar dengan kawan-kawan, just bagitau jelah..ni nak menipu bagai..apa yang kita dapat?alih-alih kalau bf/gf kita dapat tau, tak ke da jagi porak peranda..

Then, timbul pula persoalan ini, salahkah orang yang sudah ada pasangan itu hendak berkawan? Tak salah.xkesahlah dengan kawan baik sendiri ke.. Salahnya, bila niat untuk berkawan itu dipesongkan ke arah lain.Niat nak mencari lain la tu.jangan lah sampai ter'over2 plak kan..cukupla sekadar kawan 'baik'..tp kalau sampai dah buat gf/bf sendiri jeles, xguna jugak. jaga la batasan bila berkawan tu..yang si 'kawan baik' tu pun jangan la ngada2 sangat..tau- tau jela yang kawan awak 2 dah berpunya.tapi kalau bf/gf sama2 gedix, tataw nak cakap la kan... Ada sesetengah individu itu, setelah diberi kepercayaan oleh pasangan masing-masing, kepercayaan yang diberi itu disalahgunakan. Take advantage la orang putih cakap. Elok orang tu dah bagi dia kebebasan, dia dengan seronoknya berfoya-foya dengan orang lain. Orang kata, tak cukup dengan satu, tak kira lelaki or perempuan.  
Berpada-pada la. Tapi.. Bila diberi kebebasan tu.. Jangan terlebih sudah’ dah la..tapi kot ye pon, kawan 2 berpada- pada la jugak la ye...

apa yang aku rasa, belajarlah mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain..bila kita dah tahu mencintai diri sendiri, barulah kida dapat mencintai orang lain dengan sempurna, insyaallah..cinta itu suci, cinta itu indah..janganlah dicemari dengan ketidakjujuran, penipuan serta keegoan..dan ingat, janagnlah kita menyanjung cinta jika kita tidak tahu apa ertinya cinta.. Dan ingat lah, cinta yang agung hanyalah cinta kepada ALLAH swt..

9 comments:

Ery Farieha said...

hehhh
tak perlu kot!

DiNa-DiaNa said...

waa..
marahya die..
orang yang melakukan kesalahan,ada hukuman dia yang tersendiri..

hidup ne ada hukum karmanya..

CiKSaRa said...

haha..ta perlu ea..=)

nurhidayat said...

tak perlu la kan, ada ke sayang bila dah ditipu, kalau dah pandai tipu sikit2 tak mustahil masa depan si dia akan tipu kita besar-besaran kan,

actually senang jer,kaki tipu nih tak layak bercinta selagi dia tak ubah perangai buruk nya itu,

coz sy pun ade pengalaman camtuh, sakitnya di tipu tuhan saja yg tau,
dan apa yg saya nampak, sampai skrg dia tak jumpa lagi cinta sejatinya, fair enough kan, bukan saya yg balas, Allah yg balas....

CiKSaRa said...

tp kn org ckp cnta i2 buta..bila da syg, bnde buruk lnsong xnmpk..walau kite taw tp kite wt tataw..ntahla..
tp sume 2 dugaan dr tuhan..=)

rathiqah azmira rosli said...

kalau orang macam tuh bukan cinta namanya tapi sekadar suka suak..
btw tenz dear sudi datang belog kita

:)

nurhidayat said...

mmg cinta itu buta, tapi jgn buta kerana cinta,
celikkan mata, yg zahir dan batin,

mcm jugak wang,
wang bukan segla2nya,
tapi sekarang hampir segala2nya memerlukan wang....

so biarlah kita celik dalam bercinta....

` ILLyA` said...

Cinta kebersamaan,
saling mengerti,
saling memahami..xperlu sempurna,
namun,
skrinya hadir subjek `tipu`
2 masalh dlm prhbungn...
the Q?
Hadirkah Cinta??

(nice subject,Good Blog)

Anonymous said...

nak promote blog kite bleh??

http://www.videodn.blogspot.com/