Bismillahirrahmanirrahim....
senyumlah walau hati sehiba mana
senyumlah walau hati sesakit mana
senyumlah walau jiwa masih tak keruan
senyumlah walau perasaan kita terluka
senyumlah walau kita seakan derita
senyumlah walau ada yang mengata
senyumlah walau kita dihina
tetaplah senyum walau apa pun yang terjadi
saya sudah penat memikirkan segala masalah
saya sudah penat fikir pasal orang lain
saya sudah penat memikir sesuatu yang sudah tiada kaitan dengan saya
saya sudah penat menjaga hati orang lain
waktu ini, biarkan saja saya menjaga hati sendiri
saya akan hadapi kehidupan saya seorang diri
tanpa ganguan sesiapa atau bantuan sesiapa
saya tak perlukan semua itu
"Love the Heart that Hurt You but don't Hurts the Hearts that Hurts You"
baik, sy ingat itu..(^_^)
_________________________________________________________________________
senyum itu sedekah,senyum itu awet muda,senyum itu kemesraan
senyum itu pengikat sahabat, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan
senyum juga pemanis wajah,senyum itu dapat menambahkan kecantikan
dan pastinya senyum itu membawa kebaikan
beberapa fakta tentang senyum..
1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3.Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
5.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
-rujukan dari sini-
______________________________________________________________________
puas dah saya melayan perasaan selama ini
selama berbulan-bulan saya menyepi
masa yang sesuai untuk saya bangun kembali
bangun dari kegelapan masa lalu
terima kasih atas nasihat yang diberi oleh sahabat-sahabat
saya akan senyum dan terus tersenyum
-ni namanya senyum malu2-
No comments:
Post a Comment