Wednesday, June 2, 2010

CeMBuRu????!!...



apa i2 cemburu??cemburu nie m'beri mksud yg mendalam dan berbeza bagi setiap pandangan individu.cemburu ni adalah naluri setiap insan terhadap sesuatu yang amat disayangi dan dicintai.tp bg ciksara cemburu nie adalah rasa tidak selesa bila melihat orang yang kita sayang rapat dengan orang lain..rasa hati ni macam nak marah2 yang teramat sangat je bila tengok dia gembira bila berbicara dengan orang lain..tapi bila dengan kita, biasa aje..terasa mcm nak baling pinggan kat muka dia pon ade..haha..apalagi bila kekasih hati tak paham n tak tahu yang kita tengah cemburu..aish..memang sakit..!!ada pulak 2 tahu yang kita tgh cemburu tapi buat2 tak tahu..lagi haru mcm 2..!!
act, ciksara ni mmg kuat cemburu yang teramat-amat la sgt..kdg2 2 mmg xdpt nx atasi..bila cemburu, mc2 kita fikir..rasa pedih sangat hati nie..rasa diri ni mcm dah tak disayangi lagi..rasa terpinggir pon ada..cian kat sayunk ciksara 2..hehehe..tapi kita kne la kawal rasa cemburu nie..apa yang pnting kne percaya dengan pasangan kita.yakin yang dia tulus mencintai kita..kepercayaan tu kn pnting dalam perhubungan..hehehe..=)

cemburu nie memang sangat tak bagus..bila fikir balik, buat apa cemburu sedangkan kita tahu yang dia betul2 sayang kita...ciksara ada terbaca 1 artikel tentang cara nak atasi sifat cemburu..meh sama-sama kita practice kn kayh..mn taw berkesan...hehe

Tips Kecil Mengatasi Cemburu(saat sedang cemburu)
Setiap orang pasti dapat merasakan gemuruh dalam dada saat cemburu merasuk di seluruh urat nadi. Bila ia terjadi saat Anda cemburu, ada tip kecil yang dapat Anda lakukan.

~Pertama
Tarik nafas dalam-dalam lalu hembuskan sekuat mungkin, lakukan ini minimal 50 kali dijamin Anda kelelahan sendiri dan lupa pada rasa cemburu.
~Dua
Minum air putih paling sedikit tiga gelas.
~Tiga  
Dengar lagu kuat-kuat, terutama lagu2 beraliran keras, ikutlah bernyanyi.
~Empat
Berenang, merupakan cara mengatasi sesak di dada akibat cemburu.
~Lima
Simpan semua benda-benda yang boleh mengingatkan Anda padanya.
~Enam
Pergilah ke pantai, pandangi lautan bebas dan hiruplah udara segar sebanyak mungkin.
~Tujuh
Alihkan fikiran pada hal-hal lain yang lebih positif, Konsentrasikan terus bila selalu gagal, jangan pernah menyerah pada rasa cemburu.
~Lapan
 Temui sahabat lama, galilah nostalgia masa lalu bersamanya, usahakan kenangan yang menyenangkan saja.
~Sembilan
Menangislah sepuas hati.
~Sepuluh
Berdoalah dan pasrahkan seluruh keadaan pada Yang Maha Esa, mintalah petunjuk kemana langkah yang harus ditempuh.
(jalan ke cara2 yang mcm nie ea??..hehe)

Cara aTaSi CeMBuRu

Teliti berita yang di dengar
~cuba teliti dan analisis berita yang diterima itu. jika benar, berusahalah menyelesaikannya secara rasional.

Bersemuka dengan orang ketiga
~wajar bersemuka dan berterus-terang dengan orang ketiga yang dicemburui. ketika bertemu dengannya, kamu mestilah mengawal perasaan marah. marah yanmg disertakan dengan maki hamun langsung tidak boleh membantu kamu mencari jalan penyelesaian

Jangan percaya khabar angin
~keadaan begini sering menimbulkan fitnah dan memberikan kesan buruk kepada kebahagiaan. malah boleh merenggangkan kasih sayang

Berterus terang
~pabila mengadakan perbincangan, berterus teranglah tentang punca mengapa kita cemburu. jangan membaca fikiran orang lain sewenang-wenangnya.

Wujudkan cara & gaya komunikasi berkesan
~mungkir janji akan membawa kepada pertelagahan dan tidak mustahil masing-masing saling menuduh. Berusahalah untuk mengelakkan dari berlakunya situasi yang boleh mewujudkan komunikasi berat..

Sewajarnya, kita harus bijak mengawal rasa cemburu itu agar tidak bertindak di luar batasan. Jangan jadi cemburu buta. Itu cemburu dari sudut cinta. Cemburu ni banyak cabangnya. Cemburu pada kekayaan seseorang, cemburu pada kepandaian seseorang, cemburu pada kebahagiaan seseorang dan banyak lagi. Pendek kata, cemburu pasti akan terbit tidak kira masanya. Cemburu itu satu perasaan yang indah sebenarnya. Bukankah cemburu itu tandanya sayang?
(^_^)....

2 comments:

nurhidayat said...

agak bahaya cemburu nih, umpama api dalam sekam,
tak nampak di luar tapi membakar di dalam, bila terlalu byk cemburu diri sendiri yg terbakar,

so camner nak buat yer, positif kan diri, letak diri kita pada org tuh, n tanya diri kita kembali, adakah kita selesa kalau pasangan kita punyai perasaan cemburu macam kita, kalau kita rimas, sama la pasangan kita,

so pendek kata, cemburu tu perlu, tapi dalam kadar yg berpatutan, sebab cemburu tu tandanya sayang, tapi kalau cemburu terlebih2 tu tandanya kita ni nak control org,

positifkan diri, dan kawal mental kita.... tu yg lebih penting....

Nur Zarith Azhar said...

cemburu tak salah. tapi berpada2. akak dulu kuat jeles, last2 memkn diri akak sndri. apa yg penting, kite skrg kena slalu bersangka baik, sebab kebaikkan itu Allah swt akan beri tanpa kita sedari :) semoga sara dan mustaqim kekal. amin :)